Assalammualaikum w.b.t.. Selamat datang!

Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Tuesday 6 March 2012

Les Copaque memperkenalkan siri animasi "Pada Zaman Dahulu" (PZD)

Selain daripada Upin dan Ipin, kini Les Copaque turut sama memperkenalkan siri animasi terbaru mereka, yang mana dikenali sebagai Pada Zaman Dahulu. Melalui siri animasi Pada Zaman Dahulu, Les Copaque membawakan kisah-kisah rakyat yang popular dalam bentuk animasi, dan mempersembahkannya dalam bentuk yang menarik.

Secara ringkasnya, Pada Zaman Dahulu akan mengisahkan mengenai Sang Kancil yang bijak pandai dalam menjalani pengembaraannya, bertemu dengan pelbagai watak-watak menarik yang lain. Kisah hidup Sang Kancil itu dikisahkan oleh sorang datuk kepada cucu-cucunya.

Menurut pihak Les Copaque sendiri, mereka telah mengubah cara render animasi untuk Pada Zaman Dahulu, menjadikannya lebih menarik.