Assalammualaikum w.b.t.. Selamat datang!

Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Info



“Pada Zaman Dahulu” merupakan siri animasi kedua yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. selepas kejayaan siri Upin dan Ipin.
Siri ini mengisahkan tentang Aris dan Ara, cucu-cucu kepada Aki dan Wan yang biasa tinggal di bandar. Ini menyebabkan mereka janggal dan merasakan kehidupan di kampung sukar dan amat membosankan apabila ditinggalkan oleh papa dan mamanya. Lumrah kanak-kanak yang suka bergurau, ingin mencuba dan belajar sesuatu yang baru kadangkala menimbulkan masalah. Oleh itu, Aki cuba menerapkan dan menyampaikan mesej kepada cucu-cucunya dengan cara bercerita tentang kisah-kisah Sang Kancil. Di sini, Aki cuba mendekati Aris dan Ara dengan cara mudah dan menghiburkan, disamping memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka belajar dari kesilapan.

8.30pm setiap Sabtu dan siaran ulangan 5.50pm dari Jumaat hingga Ahad. Tengok ye!

Starring : Aki, Wan, Aris, Ara, Papa dan Mama, Sang Kancil, Sang Buaya, Sang Kerbau, Sang Tupai dll..

No comments:

Post a Comment